Sunday, August 7, 2011

5 BULAN SUDAH?

ALHAMDULILLAH3X,,akhirnya ada kesempatan untuk menconteng di blog sendiri,,YA ALLAH,,macam dah 10 inci tebal dah habuk dekat blog.sabor je lah.

KEWAJIPAN ITU LAGI BANYAK DARI MASA

Kadang2 ada banyak idea nak tulis tapi time tu lah kerje dan assignment bertimbun,betul la org kata yg ORG YG SIBUK IALAH ORG YG ADA MASA,ye la masa untuk berfikir banayak dan bile tibe time lapang macam ni  fikiran seolah2 xdigunakan sebaiknya.Tak dapat nak dinafikan kita lebih produktif bile bekerja dalam pressure (especially dalam kes saya).

Pernah dengar cerita pasal seekor monyet yg memanjat sebatang pokok kelapa.Kemudian dating angin yg kencang bertiup.Dia pun pegang kuat2 pokok tu dan akhirnya dia selamat.Kemudian sekali lagi angin bertiup tapi kali ni sepoi2 bahasa sahaja.Akibatnya die leka dan jatuh lalu mati.
comelkan anak monyet ni


Pengajaranya kat sini tarbiyah,dugaan,mehnah tribulasi,cabaran dan apa2 yg seangkatan dgnya adalah water colour kehidupan kita.Nak tahu kenapa? Sebab lukisan kehidupan yg cantik adalah yg berwarna warni.Betul tak? Tapi mungkin setengah org suka satu warna sahaja,tapi saya suka banyak warna.
Cantik kan lukisan ni? macam tu lah juga dengan kehidupan kite bila ada banyak watercolour (tarbiyah/cubaan)

Dan paling penting water colour tu hanya layak digunakan oleh org yg mampu untuk melukisnya.Cube tengok ayat quran surah al –baqarah ayat 286
Maksudnya : ALLAH tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat)olehnya.Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakan dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya (Doa meraka ialah) Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu dari kami.Wahai Tuhan kami ,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak berdaya memikulnya.Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir


Betul apa,org xmampu melukis takkan melukis tapi kalau die mampu untuk melukis maka lukisan yg cantik itu layak untuknya.Sebab ALLAH takkan bagi ujian dekat kita apa yg kita xmampu.Jap,agaknya korg faham tak analogy yg saya buat ni? Hemm,buat2 faham jelah yerk.kalau xfaham jugak boleh bagi comment ,nanti saya explain personally.Akhirnya dah siap satu entri.macam nak buat lagi entri baru.Something yang saya dapat dari mengulangkaji cerita CODE BLUE season 1 & 2 lebih dari 4 kali kot.Dasyat jugak,tapi wait and see,

Wasallam.

No comments:

Post a Comment