Tuesday, November 15, 2011

Maybe I Should Do Something,,



Gambar ni dicopy di sini,,dan sangat menyentuh hati saya,,haha dah sampai seru agaknya untuk melakukan perkara itu baca dengan nada lain yer,jgn salah faham
Moga Allah bimbing saya agar dapat yang terbaik di dunia dan di akhirat 

Wednesday, October 26, 2011

OUR LEADER NOW !

BISMILLAH,,

Nak cite yg mak saya banyak kali bercerita tentang  keadaan di tempat kerjanya.Tentang bagaimana mereka bersosial,berorganisasi dan mendidik pelajar.Cuma ada satu yg saya kurang suka bila bercerita mengenai organisasi atu lebih khusus kepada ketua atau pemimpin.Statement yang bakal saya nyatakan ini bukan hanya berlaku ditempat mak saya tetapi bila diperahtikan banyak juga berlaku di tempat lain.kata mak “sebab itulah die boleh menjadi ketua,sebab die jenis yg tak kisah dengan apa yg org cakap walauapapun org sekeliling  die cakap tentang die.contohnya anak buahnya bengang bile ketua terlalu strict,xmemahamai keadaan anak buah dan paling penting bersikap pilih kasih pada kroni-kroninya (kaum-kerabatnya) dan pandai bermanis mulut walaupun die xbuat banyak kerja (MAK KATA LAGI ORG PANDAI BERCAKAP SELALU MENANG WALAUPUN DIE  XBUAT APA-APA).
PERCAKAPAN SEMANIS TEBU,PERBUATAN SELAMBAT SIPUT

Agaknya bende berlaku tak pada pemimpin negara kita sekarang?? Saya malas nak ulas panjang sebab sendiri boleh fikir pasal bende tu.Memang kita masih belajar tapi xbermakna kita xboleh belajar utk memahami keadaan politik negara sebab KITA ADALAH FUTURE LEADER!! Nak harapkan siapa lagi? Org bukan Islam yang menentang Islam utk menjadi pemimpin  ‘negara Islam” kita ni? (kalau rasa nak cuba try la sekali tengok apa jadi pada umat islam negara kita)
PEMIMPIN WAJIB UTK TERUS MENGIKUT LALUAN YG ALLAH DAN RASUL TELAH GARISKAN


Agaknya lagi pemimpin seperti di atas kah yang kita nak jadi ketua negara? Atau kita nak pemimpin seperti  Rasulullah yang disenangi oleh semua pihak samada org Islam atau bukan Islam? Soalan ni saya tinggalkan pada semua..sendiri jawab dan sendiri rasa..
GOOD LEADER IS WHEN THERE ARE MUTUAL INTERACTION BETWEEN BOTH LEADER AND  STAFF

Sunday, August 7, 2011

BERSEDIAKAH AKU DAN MEREKA?


Alhamdulillah,entri ke-2 petang ni ni.Lepas gian agaknya sebab dah lama tak update blog.Entri kali ni mungkin lebih banyak menyentuh apa yg saya dapat dari drama2 (CODE BLUE & TEAM MEDICAL DRAGON)
CODE BLUE 2 (EMERGENCY DEPARTMENT)
TEAM MEDICAL DRAGON

What is so SPECIAL about those drama?

1) Saya akan tengok setiap kali saya rasa malas nak study dan rasa down bila result kurang perform
2) Satu-satunya filem yg saya berani tengok hatta esok ada exam.
3) Setiap kali tengok saya akan jumpe apa yg saya nak,dan puas bile penguat semangat dah jumpa (but still ALLAH dan AL QURAN is more inspiring)

KONKLUSINYA,

Nampak macam org tengah serabut + confused tak?

MAMPUKAH AKU?
-Untuk mengapai cita2 ku untuk bergelar DR.ZAWANI @ ZAWANI SENSEI?
-Untuk memperolehi segala skill dan mempertaruhkanya nyawa manusia di tangan sendiri.
(the most scary things)
-Untuk berkorban masa cuti , keluarga , sahabat dan pengurusan masa untuk gerak kerja islam?
-Untuk menghadapi karenah manusia2 lain yg pelbagai ? ( i’m sort of lacking in communication skill)

Bait Muslim merupakan impian setiap muslim termasuklah diriku!

MAPUKAH MEREKA?
-mama,abah,angah,de,ateh,abg cik dan adik hamdi untuk kehilangan masa bersamaku disaat2 mereka amat memerlukan aku (sekarang pun dah sgt jarang balik)
-untuk ketidakhadiran di majlis2 penting keluarga (kenduri,tahlil,pertunangan adik2 dan sebagainya)
-untuk bakal anak2 ummi kerana terpaksa berkongsi ummi dengan semua pesakit2 ummi yg lain
-untuk bakal anak ummi yg terpaksa adapt pada jadual ummi yg padat
-untuk bakal2 anak ummi kerana xdapat nak meluangkan masa yg banyak untuk kalian
-untuk bakal suami yg terpaksa @ paksa rela untuk memahami kesibukan diri ini
-untuk bakal suami yg aku tidak dapat menjadi seperti suri rumah lain,sentiasa sedia menunggu abang balik dari kerja
-untuk bakal suami yg terpaksa melayan kerenah anak semasa kesibukkan ku di hospital kelak
IT IS A WHOLE LIFE WORK,ONCE YOU STEP IN THERE NO WAY  OF TURNING BACK!


YA,,semua itu masih belum pasti TAPI apa yg pasti saya sendiri akan berusaha kuat dan berazam ke arah itu.Cita2 ku bukan hanya mainan tapi INSYALLAH,bakal menjadi realiti untuk menjadi seorg doctor yg penuh dengan kemahiran.Bukan untk kemegahan tapi satu keperluan untuk menyelamatkan nyawa2 manusia2 yg lain.Dan yang paling penting menjadi DOKTOR HATI kepada pesakit kerana I’M A MUSLIM DOCTOR!! Dan juga pekerjaan ini juga banyak memerlukan hubungan yg rapat dengan ALLAH,kerana DIA lah yg maha menyembuhkan dan maha kuasa atas setiap keajaiban yg sering berlaku dalam dunia perubatan.Yang kadangkala xdapat dijelaskan secara sainstifik.
Doakan saya untuk berjaya menjadi DOKTOR MUSLIM TERBAIK!


Buat org2 tersayang,masa yg banyak bukanlah jaminan saya untuk kalian tapi masa yg berkualiti itu yg saya cuba usahakn,Moga ALLAH member petunjuk kepada diri ini untuk terus menjaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia,AMEEN YA RABB.

Entri ni akan bersambung.Insyallah




5 BULAN SUDAH?

ALHAMDULILLAH3X,,akhirnya ada kesempatan untuk menconteng di blog sendiri,,YA ALLAH,,macam dah 10 inci tebal dah habuk dekat blog.sabor je lah.

KEWAJIPAN ITU LAGI BANYAK DARI MASA

Kadang2 ada banyak idea nak tulis tapi time tu lah kerje dan assignment bertimbun,betul la org kata yg ORG YG SIBUK IALAH ORG YG ADA MASA,ye la masa untuk berfikir banayak dan bile tibe time lapang macam ni  fikiran seolah2 xdigunakan sebaiknya.Tak dapat nak dinafikan kita lebih produktif bile bekerja dalam pressure (especially dalam kes saya).

Pernah dengar cerita pasal seekor monyet yg memanjat sebatang pokok kelapa.Kemudian dating angin yg kencang bertiup.Dia pun pegang kuat2 pokok tu dan akhirnya dia selamat.Kemudian sekali lagi angin bertiup tapi kali ni sepoi2 bahasa sahaja.Akibatnya die leka dan jatuh lalu mati.
comelkan anak monyet ni


Pengajaranya kat sini tarbiyah,dugaan,mehnah tribulasi,cabaran dan apa2 yg seangkatan dgnya adalah water colour kehidupan kita.Nak tahu kenapa? Sebab lukisan kehidupan yg cantik adalah yg berwarna warni.Betul tak? Tapi mungkin setengah org suka satu warna sahaja,tapi saya suka banyak warna.
Cantik kan lukisan ni? macam tu lah juga dengan kehidupan kite bila ada banyak watercolour (tarbiyah/cubaan)

Dan paling penting water colour tu hanya layak digunakan oleh org yg mampu untuk melukisnya.Cube tengok ayat quran surah al –baqarah ayat 286
Maksudnya : ALLAH tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat)olehnya.Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakan dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya (Doa meraka ialah) Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu dari kami.Wahai Tuhan kami ,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak berdaya memikulnya.Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir


Betul apa,org xmampu melukis takkan melukis tapi kalau die mampu untuk melukis maka lukisan yg cantik itu layak untuknya.Sebab ALLAH takkan bagi ujian dekat kita apa yg kita xmampu.Jap,agaknya korg faham tak analogy yg saya buat ni? Hemm,buat2 faham jelah yerk.kalau xfaham jugak boleh bagi comment ,nanti saya explain personally.Akhirnya dah siap satu entri.macam nak buat lagi entri baru.Something yang saya dapat dari mengulangkaji cerita CODE BLUE season 1 & 2 lebih dari 4 kali kot.Dasyat jugak,tapi wait and see,

Wasallam.

Monday, March 28, 2011

BANGKITLAH WAHAI JUNDULLAH,,MARA KE MEDAN JUANG,,



Wahai para mujahid maralah ke hadapan,
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran,
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga,
Teguhkanlah keyakinan teruskanlah perjuangan,

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh,
Ujian nikmat hidup duniawi,
Biarpun ianya begitu indah namun hanya sementara,

Memang berjuang itu terkorban,
Kerana kita berjuang untuk berkorban,
Itulah asam garam perjuangan,
syarat mendapat cinta allah,

wahai para pejuang kebenaran,
suburkanlah semangat juangmu,
setiap masa sepanjang hayatmu dengan hiburan ini,
tempuhilah penderitaan di dalam perjuangan,
kerana itu adalah penghapus dosamu,

berjuang kerana ilahi,
walaupun sedikit tetapkan dinilai,
sebagai amalanmu yang soleh,

Wahai para mujahid maralah ke hadapan,
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran,
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga,
Teguhkanlah keyakinan teruskanlah perjuangan,

Memang berjuang itu terkorban,
Kerana kita berjuang untuk berkorban,
Itulah asam garam perjuangan,
syarat mendapat cinta allah (3x),

semoga kita semua dapat terus istiqomah dan thabat dalam perjuangan,,


MUSLIMAT MESTI KUAT,,SAMA2 KUAT MACAM MUSLIMIN,AYUH!!



Monday, February 14, 2011

SAVE DRIVING,,

Hemm,,susah jugak yer jadi org yg bersikap curiousity yg tinggi,nak exam pun masih sempat singgah mane2 blog untuk dapat tahu isu semasa,yg bahaya bile terlampau sampai xbace buku,kene kawal tu,bahaya2..perkongsian kali ni adalah hasil pertemuan saya dengan beberapa org senior yg saya kagum dengan semangat perjuangan mereka.memang membuka minda tentang sikap para pejuang

********
SITUASI  PERTAMA
everybody is a leader to themself

Lepas jer masuk tempat baru atau main campus ada segelintir pimpinan persatuan lebih suka bersikap untuk menjadi pendengar sahaja,kata mereka cukuplah.Dahulu mereka sanagt aktif di kampus tetapi sekarang katanya nak bagi peluang pada org lain atau istilah yg popular 'ana nak jadi amilin je lah kat sini ,xnak jadi mufakkirin' padahal ada masalah yg dihadapi persatuan yg die tahu jalan penyelesaiaanya tapi die amik sikap diam kan diri,,lama2 perasaan seronok timbul bile dah xde meeting adhoc,bile bole study dengan tenang,bole score pointer dean list dan xpayah penat2 nak tidur lambat.lama2 perasaan ini dah jadi tabiat,padahal sebelum ni dialah org yg sedia utk pergi mane2 meeting penting,sanggup berjaga malam utk study lepas meeting,bersemangat bile buat gerak kerja.tapi sekarang die lebih sukakan situasi yg tenang,iaitu SAVE DRIVING..golongan sebeginilah yg lebih mudah tercicir di belakang bile berada dalam masyarakat.

*********
SITUASI KEDUA
clench your study like you clench your teeth,because dean list is the proof that we are serious in searching for knowledge

seorg pelajar yg cemerlang dalam keputusan exam dan berkelayakkan menjadi pemimpin tetapi menolak atas dasar takut akademiknyer terjejas.dalam satu keadaan sebenarnya bukan masalah akademik yg ditakutinya tetapi masalah komunikasi dengan manusia,masalah pengurusan emosi dan masalah pengurusan tenaga kerja..alasan takut akademik jatuh bukanlah alasan utama,bukan real problem tetapi masalah takut nak berhadapan dhn realiti yg die perlu hadapi sikap manusia,semuanya perlu belajar,setiap pemimpin yg hebat xlahir dengan hebat terus tapi lahir drngan tarbiyah@proses pembelajaran,,wahai mahasiswa jangan takut untuk belajar dan jangan takut untuk berubah,org yg takut untuk berubah adalah org yg takut untuk belajar kerana org yg belajar akan sedar kelemahan dan kesilapan diri dia dan akan sedia utk berubah,,jadi janganlah suka dengan sikap SAVE DRIVING yg takut utk hadapi risiko atau masalah yg berat.yer mungkin kamu akan dapat dean kist tapi mane tahu walaupu  result kamu hebat tetapi bile kamu hadapi masalah yg sangat besar lepas tu kamu akan jatuh dgn sangat teruk sebab kamu xpernah berasa dalam keadaan yg genting,,kehidupan kamu hanyalah bersikap safe driving,,aman dan tenteram

*********
SITUASI KETIGA

meeting adalah tempat untuk meluahkan buah fikiran bukan untuk  berdiam diri
Sikap takut untuk dikritik,,dalam meeting duduk belakang2,bile tanye ada cadangan ,cakap xde tapi bile pengerusi bercakap die sibuk buat mesyuarat tingkap dekat belakang,soksek2 bincang idea ntapi bile pengerusi tanye ada cadangan macam biase xngaku.paling tak oun suruh org lain bangun on behalf our pendapat.kenapa macam tu? adakah kamu tidak bersedia utk dikritik atas idea kamu dan kamu gunakan alasan tak pandai bercakap depan org,,wahai adik beradi seperjuanagn sampai bile sikap kite perlu begini,kite perlu bangkit,,sikap dan mentaliti sekecil inilah yang kadang2 menyebabkan banyak perkara besar xterlaksana.

*********
SIKAP KEEMPAT
ukhwah yg sebenar ialah sayang kerana allah dan benci kerana allah

Biasanya org selalu kate dalam perjuangan kene banyak sikap pengorbanan dan berlapang dada.tapi berapa ramai yg macam tu?memang nampak tak bergaduh tapi dalam hati? bile terasa simpan dalam hati.kalau settle tak pe masalahnyer tak settle,nile time kene buat gerak kerja perkara lama akan terungkit lantas menjejaskan gerak kerja.adus,,susah2..kalau x puas hati cakap kerja elok2 dekat org tu personal tapi ingat wajib BERHIKMAH sebab apa2 pun die adim beradik kite.satu lagi apa yg berlaku dalam meting please,janagn bawak keluar.kalau bertegang lidah,berbeza pendapat jangan dibawa2 keluar meting.contoh terbaik biarpiub dalam meting macam anjing dengan kucing bertegang lidah tapi lepas meeting bole jer duduk semeja makan sama2,minum dan borak2.bukanyer lepas meeting masing2 bawa diri.balik bilik pendam perasaan.adus,susah begini

***************
Apa2 pun yg diatas tidak ada kene mengena dengan sesiapa dan mane2 persatuan.hanyalah pendapat kite hasil pemerhatian,perkongsian dengan sahabat lain dan hasil analisa dengan org2 yg dah berpengalaman dalam persatuan,,yg penting gerak kerja islam mestilah kerana ALLAH,,jangan pernah berhenti kerana perkara2 remeh temeh,,wallahua'lam,segala paendapat dan komen ana hargai.boleh dibawa berbincang.bak kate ketua saya pendapat tak de yg salah.
sharing is caring









Monday, January 24, 2011

PERINGATAN DARI DIRIKU YANG LEMAH,,,

Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

Tp sebelum tu,,kredit pada kak azyan syazwani sebab kasi copy die punye post,,sangat2 bermanfaat,,rugi kalau x sebar..

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi... seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’
Gunakanlah kemudahan telefon utk bende yg bermanfaat

4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam.