Monday, January 24, 2011

PERINGATAN DARI DIRIKU YANG LEMAH,,,

Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

Tp sebelum tu,,kredit pada kak azyan syazwani sebab kasi copy die punye post,,sangat2 bermanfaat,,rugi kalau x sebar..

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi... seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’
Gunakanlah kemudahan telefon utk bende yg bermanfaat

4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam.

Friday, January 21, 2011

KEKELIRUAN??

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,,

Entah,,sebenarnye xtau nak tulis apa,,kotak fikiran sekarang benar2 kosong apatah lagi hati,,xtau apa yg terjadi pada diri sejak akhir2 ni,,rasa macam fikiran ,badan,minda dah bukan milik diri sendiri,,seolah2 mengikut arus,,fuh~~

Cakap pasal blog yang post pertama zaman bile ,,x update2 ..entah..matlamat nak sebar dan kongsi buah fikiran dalam blog tapi buat masa ni kene hold dulu kot,,takut merapu pulak jadinyer kang bile buat post2 pelik,,hahha,,

Xtau sebab  apa,,tp dapat agak satu,, susah nak istiqomah tambah isu semasa bile dah sibuk buat gerak kerja,,mana taknya tiap2 hari pkul 12 baru balik bilik,,baru nak bukak buku nak study,,nak prepare utk kelas(pre-lecture),kuiz dan lain2,,nak kekal kan pointer,,fuh~~pening2  mesti org ingat kite tengah luah perasaan dalam blog,,lantaklah,,nak cakap apa,yg penting this is my blog,,just nak buat blog ni sebagai catatan harian insan yg lemah,,yg elok ambik la tp macam sikit jer kot yg elok..yg jahat jangan ikut xelok,,tegur2 la kite bile kite buat salah
                                     susahkan nak jadi pemimpin yang hebat??

Sebulan yg lalu dapat taklifat pegang AGD MDEDCY,,xnak tp terpaksa dan yg pebting ini yg TERAKHIR,,nak tau sebab apa?? bile pegang jawatan(jadi leader) xde masa nak tambah ilmu,,sepatutnya kite dah kene bersiap sedia awal2 sebelum jadi pemimpin,,sebab  bile dah jadi pemimpin xde masa nak cari ilmu

Haritu dengar satu tazkirah,,cakap pasal khalid al-walid yg malu kepada saidina abu bakar,saidina umar,saidina uthman,saidina ali ketika di hujung usianya sebab xdapat nak habiskan bacaan dan hafazan al qurandisebabkan terlalu sibuk mengangkat senjata menjadi pemimpin tentera islam,,

Lagi satu,,softskill dalam diri memang lemah,,terutama bab leadership,,bukan nak putus asa tp bile berusaha kearah itu diri ni menangis x tahan,,contohnya bile meting terpaksa berdebat dengan org2,,xsuke tp terpaksa utk kepentingan program jugak,,last2 balik bilik nangis sedu2,,sebab xtahan asyik nak berdebat jer,asyik buat org terasa jer,,xpercaya tanya roomate3 ku tersayang,,dieorg lah selalu tenangkan,,ni semua sebab jiwa xkuat nak jadi leader,,time2 ni pulak pikir susahnyer nak jadi sultan al-fateh,,semangat punye berkobar2 tapi xcukup kuat nak hadapi tekanan,,hemm,,mcm mane ni,,ke sebab mmg hati ni lembut sangat,,nampak jer ganas n garang kat luar tapi kat dalam lagi lembut dari air,,cehh,,
              Hatiku selembut ini?? perlukah menjadi sekeras
     batu utk tegas?

    contoh pimpinan terbaik,,tapi usaha kearahnya
                 baru xsampai 1%,,macam mana duhai pejuang??

Cukup kot utk post kali ni,,entah tajuk kekeliruan tu sesuai ke tak,,atau kene tukar jadi luahan hati,,huhu
selalu jer banyak idea nak tulis tapi disebabkan kekangan masa,,semua x jadi,,apa2 pun ,,zawani,,teruskan usaha,,istiqomah,,chaiok2