Sunday, August 7, 2011

BERSEDIAKAH AKU DAN MEREKA?


Alhamdulillah,entri ke-2 petang ni ni.Lepas gian agaknya sebab dah lama tak update blog.Entri kali ni mungkin lebih banyak menyentuh apa yg saya dapat dari drama2 (CODE BLUE & TEAM MEDICAL DRAGON)
CODE BLUE 2 (EMERGENCY DEPARTMENT)
TEAM MEDICAL DRAGON

What is so SPECIAL about those drama?

1) Saya akan tengok setiap kali saya rasa malas nak study dan rasa down bila result kurang perform
2) Satu-satunya filem yg saya berani tengok hatta esok ada exam.
3) Setiap kali tengok saya akan jumpe apa yg saya nak,dan puas bile penguat semangat dah jumpa (but still ALLAH dan AL QURAN is more inspiring)

KONKLUSINYA,

Nampak macam org tengah serabut + confused tak?

MAMPUKAH AKU?
-Untuk mengapai cita2 ku untuk bergelar DR.ZAWANI @ ZAWANI SENSEI?
-Untuk memperolehi segala skill dan mempertaruhkanya nyawa manusia di tangan sendiri.
(the most scary things)
-Untuk berkorban masa cuti , keluarga , sahabat dan pengurusan masa untuk gerak kerja islam?
-Untuk menghadapi karenah manusia2 lain yg pelbagai ? ( i’m sort of lacking in communication skill)

Bait Muslim merupakan impian setiap muslim termasuklah diriku!

MAPUKAH MEREKA?
-mama,abah,angah,de,ateh,abg cik dan adik hamdi untuk kehilangan masa bersamaku disaat2 mereka amat memerlukan aku (sekarang pun dah sgt jarang balik)
-untuk ketidakhadiran di majlis2 penting keluarga (kenduri,tahlil,pertunangan adik2 dan sebagainya)
-untuk bakal anak2 ummi kerana terpaksa berkongsi ummi dengan semua pesakit2 ummi yg lain
-untuk bakal anak ummi yg terpaksa adapt pada jadual ummi yg padat
-untuk bakal2 anak ummi kerana xdapat nak meluangkan masa yg banyak untuk kalian
-untuk bakal suami yg terpaksa @ paksa rela untuk memahami kesibukan diri ini
-untuk bakal suami yg aku tidak dapat menjadi seperti suri rumah lain,sentiasa sedia menunggu abang balik dari kerja
-untuk bakal suami yg terpaksa melayan kerenah anak semasa kesibukkan ku di hospital kelak
IT IS A WHOLE LIFE WORK,ONCE YOU STEP IN THERE NO WAY  OF TURNING BACK!


YA,,semua itu masih belum pasti TAPI apa yg pasti saya sendiri akan berusaha kuat dan berazam ke arah itu.Cita2 ku bukan hanya mainan tapi INSYALLAH,bakal menjadi realiti untuk menjadi seorg doctor yg penuh dengan kemahiran.Bukan untk kemegahan tapi satu keperluan untuk menyelamatkan nyawa2 manusia2 yg lain.Dan yang paling penting menjadi DOKTOR HATI kepada pesakit kerana I’M A MUSLIM DOCTOR!! Dan juga pekerjaan ini juga banyak memerlukan hubungan yg rapat dengan ALLAH,kerana DIA lah yg maha menyembuhkan dan maha kuasa atas setiap keajaiban yg sering berlaku dalam dunia perubatan.Yang kadangkala xdapat dijelaskan secara sainstifik.
Doakan saya untuk berjaya menjadi DOKTOR MUSLIM TERBAIK!


Buat org2 tersayang,masa yg banyak bukanlah jaminan saya untuk kalian tapi masa yg berkualiti itu yg saya cuba usahakn,Moga ALLAH member petunjuk kepada diri ini untuk terus menjaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia,AMEEN YA RABB.

Entri ni akan bersambung.Insyallah




5 BULAN SUDAH?

ALHAMDULILLAH3X,,akhirnya ada kesempatan untuk menconteng di blog sendiri,,YA ALLAH,,macam dah 10 inci tebal dah habuk dekat blog.sabor je lah.

KEWAJIPAN ITU LAGI BANYAK DARI MASA

Kadang2 ada banyak idea nak tulis tapi time tu lah kerje dan assignment bertimbun,betul la org kata yg ORG YG SIBUK IALAH ORG YG ADA MASA,ye la masa untuk berfikir banayak dan bile tibe time lapang macam ni  fikiran seolah2 xdigunakan sebaiknya.Tak dapat nak dinafikan kita lebih produktif bile bekerja dalam pressure (especially dalam kes saya).

Pernah dengar cerita pasal seekor monyet yg memanjat sebatang pokok kelapa.Kemudian dating angin yg kencang bertiup.Dia pun pegang kuat2 pokok tu dan akhirnya dia selamat.Kemudian sekali lagi angin bertiup tapi kali ni sepoi2 bahasa sahaja.Akibatnya die leka dan jatuh lalu mati.
comelkan anak monyet ni


Pengajaranya kat sini tarbiyah,dugaan,mehnah tribulasi,cabaran dan apa2 yg seangkatan dgnya adalah water colour kehidupan kita.Nak tahu kenapa? Sebab lukisan kehidupan yg cantik adalah yg berwarna warni.Betul tak? Tapi mungkin setengah org suka satu warna sahaja,tapi saya suka banyak warna.
Cantik kan lukisan ni? macam tu lah juga dengan kehidupan kite bila ada banyak watercolour (tarbiyah/cubaan)

Dan paling penting water colour tu hanya layak digunakan oleh org yg mampu untuk melukisnya.Cube tengok ayat quran surah al –baqarah ayat 286
Maksudnya : ALLAH tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat)olehnya.Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakan dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya (Doa meraka ialah) Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu dari kami.Wahai Tuhan kami ,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak berdaya memikulnya.Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir


Betul apa,org xmampu melukis takkan melukis tapi kalau die mampu untuk melukis maka lukisan yg cantik itu layak untuknya.Sebab ALLAH takkan bagi ujian dekat kita apa yg kita xmampu.Jap,agaknya korg faham tak analogy yg saya buat ni? Hemm,buat2 faham jelah yerk.kalau xfaham jugak boleh bagi comment ,nanti saya explain personally.Akhirnya dah siap satu entri.macam nak buat lagi entri baru.Something yang saya dapat dari mengulangkaji cerita CODE BLUE season 1 & 2 lebih dari 4 kali kot.Dasyat jugak,tapi wait and see,

Wasallam.